26 April 2011

"Jom skodeng blogger lain!!"

rajen seyh update dua entry satu hari.. padahal bukan entry pon.. blog aku berlambak dengan contest dan segmen je.. ce tengok betol2.. ha, kan2.. hehe.. takpe lah asal aku enjoy berblogging dan berblogwalkig dengan macam2 kerenah blogger.. 

JOM SKODENG BLOGGER LAIN.. tamat malam ni dah jam 12tengah malam..




ni link yang selalu aku blogwalking.. haha.. kantoi suda +_+

yang ni memang aku skodeng hari2.. haha.. 


Contest Mata Paling Kebabom

haha.. macam2 contest aku join.. aritu mata cantik.. ni kebabom pulak.. kebabom la sangat mata aku tu.. aiseyman.. nak join jom ke SINI.. 


aku nak letak pic ni.. kalo tak suke sila tutup mata.. haha.. nak lens free tu =)


pakai lens tapi yang natural je lah.. huhu.. nanti jangan lupa afundi aku eh.. nak tag StrawberrySyafiqah HashimPiece of Emmie.. sorry ya for tagging u olss.. jom la meriahkan contest ni reramai.. kasi gegar =)


24 April 2011

Contest Mata Paling Cantik

tadi tengah enjoy terjah sana terjah sini kan, pastu bukak dashboard tengok2 si luncai anjurkan satu contest.. vogue gitu.. wink2..so, nak join la.. aku kan hantu contest.. biar tak menang lagi setakat ni pun.. belu rezeki.. huhu.. 



cuba tengok dia punya banner.. class gitu kan.. i like.. even mata aku tak cantik, aku tak kisah.. nak masuk jugak contest ni.. tarikh tutup dia 22 Mei 2011.. tekan header tu kalau berminat nak join ye kawan2.. contest ni pakai sistem like2 tau.. so korang yang nak join tu dan yang nak mengundi kena la like page INI..  


aku nak letak pic ni.. sila muntah tengok pic ni ye.. uwekkk..




pic ni masa aku pegi dinner final year student anjuran kolej aku kat Golf & Country Resort, Bukit Jalil.. masa ni aku pakai lens la tapi yang natural je.. tak mampu nak beli color2 ni semua even berminat nak pakai.. wahaha.. 

diorang ni jadi mangsa aku ye:-


selamat maju jaya semua yang join =)


22 April 2011

Lelaki Minat Bunga Memalukan?

seperti yang kita tahu, bunga dan wanita memang sinonim tetapi bila ada kaum ADAM yang minat dengan bunga, tetiba rasa pelik.. tapi adakah lelaki yang menyimpan minat padanya  dianggap memalukan?mungkin ada yang berpendapat hanya golongan lelaki "lembut" sahaja yang obses dengan bunga tak kiralah menggubah, menyimpan atau menjadikan ia sebagai hiasan tetapi bagaimana pula dengan golongan yang menanam bunga atau menjadikan bunga sebagai sumber pendapatan mereka.. adakah ia bercanggah dengan  naluri seorang lelaki??ada yang kata bunga ni bawa banyak pengertian.. ramai berpendapat bunga hanya sesuai untuk pasangan bercinta.. tak kurang juga kata ia bertentangan dengan naluri lelaki.. so, renung-renungkan dan selamat merenung.. haha.. para lelaki diluar sana, sila bagi pandangan anda.. wanita pon dialu-alukan juga memberi komen.. 



gambar sekadar hiasan.. 



20 April 2011

Rancangan Realiti Tv.. Relevankah?

ishhhh tajuk macam aku ni pengkritik hebat.. haha.. tapi seriously semenjak aku ikot rancangan realiti terutama yang melibatkan nyanyian macam AF, MENTOR, MYSTARZ LG dan macam2 lagi, aku rasa macam tak payah la nak buat sampai berjela2 dia punya musim kalau macam tu je nyanyi nye.. tengok AF9, macam hampeh je peserta2 dia.. nak menyanyi ke nak menjerit.. aishhh, tak taw la.. memang patot pon diorang kena maki hamun dekat si Adlin tu sebab tak sedap langsung suara diorang.. ada la 2,3 orang je yang sedap didengar.. tapi tu lah, yang sedap pulak dapat undian terendah dan tersingkir.. ni lagi satu nak cerita pasal pengundi.. cite lame la bro sis kalau mengundi ikot pakej muka hensem, lawa ni.. kalau suare macam kerek.. 

korang mesti perasan kan, nak2 AF.. diorang popular lepas jadi juara je.. lepas tu entah menghilang ke mana.. sia2 je buat rancangan macam ni.. nak gilap bakat la konon.. ape jadah nye heh.. baek tengok raja lawak lagi best.. tak la sumbang mambang.. kalau korang tengok AF9 kan, best ke tak??aku lebih suka tengok mentor la pada AF9 sebab dalam mentor, peserta2 lagi punya vokal dan suara yang best.. sedap didengar..

ok.. aku taknak membebel panjang.. nanti tak pasal2 aku pulak yang kena kat orang lain.. haha.. chow dulu.. adios..


18 April 2011

Jom Kenali Blogger's

wink2.. nak join segmen lagi... aku kena tag dek KIC ni ha.. 



meh la ikot aku join sekaki.. tekan header atas tu yer.. actually baru first time bukak and jenguk2 blog cik reena ni.. bagi aku, blog dia look nice dengan berlatarbelakang warna hitam.. tampak elegan gitu.. dia punya widget pon tak berterabur.. 

FYI, blog aku ni baru je ditubuhkan.. tak ingat la tarikh bila tapi yang pasti NOVEMBER 2010.. aku berblogging ni sebab nak kenal dan tau macam mana kehidupan seorang blogger.. lame2 jadi seronok sebab dah dapat kenal ramai orang even tak nampak muka lagi.. dapat banyak tips dalam berblogging dan macam2 la..

and blogger idola aku ramai.. especially blogger2 otai yang fans dan followers dah ramai giler.. macam mana la diorang leh wat orang suka blog diorang eh.. mmmm.. kena cangkul lebih ni.. bak kata Ogy Ahmad Daud.. 


due 30 April 2011.. sape2 yang tak kena tag tu, nak join pon boleh.. hehe


16 April 2011

"Mr. Kamikaze cari blogger sporting!!"

wow.. nice la umar ni wat segmen.. hehe



nak join tekan header tu aje.. sonang..

blog MR.KAMIKAZE ni sangat2 menarik sebab entry yang sempoi dan dia blogger yang sengal mengal la jugak..

p/s:jangan marah ye MR.KAMIKAZE.. hehe


15 April 2011

SEGMEN: Aku disebalik dunia blog

heee.. rajen pulak nak update.. intenet dah ok so gunakanlah kesempatan yang ade.. nak join segmen lagi ah.. saje nak mempromote blog yang entah ape2 neh +_+



jawab soalan2 mudah ni ye..

1. ceritakan tentang diri korang ( kerjaya, keluarga atau apa2 je) 

  • masih seorang pelajar yang lahir di besut, terengganu.. 
  • berumur 22 tahun dan bujang tapi not available.. haha.. 
  • suke berkawan dengan mane2 manusia yang ikhlas nak berkawan.. 
  • friendly dan happy go lucky
  • bercita2 nak jadi guru sebenarnya tapi kat u amek kos alam sekitar..
  • tak suke orang yang sindir menyindir kawan sendiri.. bajet cantek dan hensem..
  • tak suke dipuji.. tapi kalo nak puji ikot suke la.. haha

2. tujuan korang buat blog ni..?
  • nak mencari kenalan yang lain
  • meluahkan apa yang terbuku dalam hati
  • boleh join segmen dan contest.. dapat ramai kawan.. keh2
  • tujuan sebenarnye, saje je suke2.. 

3. selama korang berblog ni, apa yang korang dah dapat..? 
  • dapat kenal pelbagai ragam dan sikap orang lain melalui penulisan diorang dalam membuat entry
  • dapat kenal rakan2 dari pelbagai negeri
  • dapat timba ilmu dari otai2 blogger
  • dapat kenal blogger yang dari u sama melalui berblogging ni.. 

okeh.. tu je kot yang dapat dijawab.. tarikh tutup segmen ni 16/4/2011 jam 11.59PM..



BEN ASHAARI GEGAR LAGI

fuuuuuuuuuuuuuu.. lama sudah aku tak update blog ni.. mesti korang tertunggu2 kan entry terbaru dari aku.. haktuiiiii, perasan betol minah sengkek neh.. haha.. takpe la,sekali sekala nak poyo2 sikit kan.. kih2.. okeh, intenet dah pon mulai stabil so aku continue la sesi berblogwalking aku ni.. tup2 bile singgah kat blog BA, dia ada buat segmen kot.. aku ni yang memang giler segmen ngan contest join aje la.. cececece..


sini

dia gegar lagi.. baek punyer kali ni.. keh3.. jom klik banner tu.. pakat2 join reramai.. 



03 April 2011

..sorry...

assalamualaikum..

eh2.. nak mintak sori la kalau kat sape2 yang singgah kat blog yang menyampah ni.. hehe.. tak sempat nak menghapdet blog semenjak bermenjak2 ni.. sebab internet tak okeh.. dan tersangat slow.. ni pon ada kat u sepupu,uitm shah alam.. tu yang update post.. tapi yang ni jer termampu.. i have no idea nak post entry panjang2.. hehe..

sampai ketemu lagi.. papai..

mood : present final year projek ari rabu neh.. so nerbes you..  pastu layan abpbh malam ni.. hehe.. hopefully shaheizy sam, black, faizal tahir, fafau, fbi, aznil, 6ixth sense menang..