20 December 2011

::KATANYA::

KATANYA
i love u

KATANYA
i miss u

KATANYA 
sudi awak jadi isteri saya

KATANYA
someone like you is found only once in a lifetime and dats why i want you to take care of urself coz i won't have another lifetime to find someone like you

KATAKU
yes.. i do >.<


17 December 2011

::tips elak rumah kena pecah masuk::

salam..


baru2 ni rumah kak long saya kena pecah masuk.. memang banyak barang2 hilang.. 2biji netbook,sebijik notebook,3bijik henpon,duit,kamera,rantai,loket.. hadoyaii,kaya on the spot la pencuri tu.. tapi jahanam betol la pencurik tuh.. entah2 pakai ilmu sebab kitorang tak sedar langsung even tidur kat ruang tamu bawah je.. my niece yang bongsu yang biasa menangis pagi2 alih2 tertidur lena.. sah2 pakai ilmu.. 

buat pencurik tu. harap2 ko sedar dan insaf la.. dan bagi balik barang2 kami tuh.. ALLAH tahu apa yang ko buat.. harap balasan yang setimpal ko akan dapat nanti.. 

so.. kat sini saya just nak advise la kat sape2 yang baca blog ni.. kalau nak tido ke nak kuar umah ke, the first thing is jangan lupa kunci semua pintu serapat yang mungkin.. kalau nak pakai mangga sekali ngan rantai2 pon lagi ok.. lepas tu jangan tinggalkan kunci kat mana2 area luar rumah,nanti lagi senang pencurik nak masuk.. lagi satu, simpan barang2 berharga ditempat yang selamat dan berkunci.. jangan hanya tinggalkan di ruang yang terbuka..

jadi kawan2,ingat ye pesan saya.. doakan semoga pencurik rumah akak saya kembalikan balik barang2 tu.. 

bye2 =)








19 November 2011

::hai::

salam semua.. salam sejahtera..

fuuu. dah berketul2 habuk dalam blog ni.. takde masa nak tulis sebab sekarang saya tengah busy keje.. even hanya jadi cikgu tadika untuk sementara waktu tapi penat oo.. layan budak2 yang degil2.. ni pon datang tulis entry pendek je.. laen kali ketemu lagi ye kawan blogger =)

01 June 2011

Perkenalan kami bermula disini

salam semua...

ececece.. ayat amacam haprak je kan.. wakakka.. bukan detik bercinta taw tapi detik2 di mana kami berkenal-kenalan, berbobok, gurau senda dan macam2 lagi.. semuanya hanya di sebuah radio yang sudah setahun lamanya dijayakan.. time mula2 masuk tu, tak tahu la pulak ada ruangan sembang kat sana.. sekali masuk, kenal orang macam tu macam ni, hah terlekat la kat sana sampai ke pagi.. haha.. best kot dok sana.. siyesly.. masa masuk kat sana, semua tak kenal.. dua minggu lebih rase aku dok sana rasa macam setahu lamenye.. cepat ngam dengan diorang.. 

DJKK
melalui penulisannya, dia seorang yang baik.. sudah berpunya tapi.. hehe.. dia memang baik dan low profile.. sporting

DJSEBETULNYA
even tak kenal lagi, tapi aku suka dengan keletahnya yang tak gering gusi.. ada je lawaknya bila bergandingan dengan DJ IJUL.. lawak habes dan memang asyik nak dengar je diorang berceloteh.. diorang ni macam arwah din beramboi dan paknil la pulak aku rase.. hehe

DJ IJUL
si kurus kering kalau tengok dek gambarnya di fb.. hehe.. tapi berbakat dalam dunia dj.. suka bila dia duet berdj dengan DJBETOL,, dan dia suka ketawa dan aku suke dengan ketawanya.. hahaha

DJINSOMNIA
pelik kan nama dia.. suara dia ayu je time berdj.. tp sporting.. hehe

DJANASZ
nama katanya asal dari demam panas tapi tak tahu la betol ke tak.. tak pernah lagi dengar suara dia berdj.. kurus jugak dia ni.. hee


ROZAA
dj jgok dy nie.. tapi xpernah dengar suara dia.. baik dan sporting.. 

NASIHAHNASIR
lawa tapi sudah berpunya.. hehe

MISHTAMAO
ni sorang lagi dj.. plik jugak nama dia.. kami panggil dia mish.. ayu je suara dia bila di konti.. 

NADWAAA
peminat fanatik bola.. kurus sangat dia ni.. hehe.. 

NINIEMAZNI
haa,, yang ni orangnya memang  lawa tapi dah berpunya jugak.. hehe.. kuat berceloteh jugak ni.. bakal cikgu 

SAYAANUARZAIN, BADIGOLL, HAFIZULAIZAT, ADIK95
haa.. 3 serangkai ni memang sesuai la kalau kat radio sana.. banyak sangat topik yang nak dibualkan kalau ada diorang tapi aku terhibur la.. diorang ni nakal.. nama pon pelik2.. sampai sekarang taknak letak nama sebenar.. malu ape nye eh.. tapi diorang ni kelakar.. ADIK95 tu paling muda antara kami2.. dia ni pon boleh tahan kebobokan dia.. haha.. adik ni sweet la.. dia baik.. satu lagi kuat menyamar diorang ni.. hehe

CT NORADILA
sorang lagi bunga dalam radio ni.. muda lagi.. orangnya kiut miut gitu.. 

MIZII86
laki2 yang sekepala dengan aku.. suka layan lagu nustang sampaikan ter"digosipkan" dengan aku tapi kena jaga2, dah berpunya tu.. kan tak pepasal aku jadi mangsa simbah asid kan.. hehe.. taknak aku.. tak kawen lagi.. ngeh2


ok la.. tu serba sedikit pasal kawan2 aku kat radio sana.. ramai lagi tapi tak larat nak cerita perihal satu2.. heehee.. siyesly aku hepi dok berbobok di sana.. wakakkaa.. hopefully aku dapat jumpa diorang semua suatu hari nanti.. and kepada kawan2 sekalian, kalau terbaca ni, jangan la cakap saya cantek ke comel ke sebab dalam gambar edit 16 inci.. kat luar macam hampeh tahu.. haha

kepada kawan2 kat  luar sana yang nak dengar radio melaui intenet boleh layari SINI tahu.. best.. dengan dj yang nakal nye.. hehe







31 May 2011

Final Mentor 5

salam semua.. 

semalam lagi nak post entry ni tapi terbengkalai sekejap.. takde ape pon.. just nak buat review pasal mentor semalam.. yeahh, best sangat konsert mentor final even tengok kat tv je.. hehe.. tapi memang berdebar la nak tunggu result semalam sebab saingan sangat2 sengit antara protege2.. fuhhh.. 

SALMA
first song, lagu listen.. memang mantap dia bawa lagu tu sebab dia boleh bawa high not kan.. but katanya azmeer jaga2 dengan low not, sumbang katanya.. bila nyanyi high not merdu.. aku pon sokong dengan azmeer.. hahaha.. for the second song duet dengan jaclyn victor, lagu cinta dan rindu.. not bad la, sedap didengar.. and lagu terbaru dia, aku permata dikomposerkan oleh taja MUH.. aku tak setuju dengan datuk ramli ms kata lagu tu  tak sedap.. best ape lagu tu.. sesuai dengan suara dia.. penghayatan salma yang baik..

SHIHA
lagu first, kasih hati.. ok la dengan props nye.. ada dua kanak2.. sesuai dengan suara shiha yang lunak.. lagu kedua duet dengan black iaitu lagu ghazal untuk rabiah dan balqis.. terhibur sangat2.. hehe.. lagu ketiga bila bertemu mu komposer ajai.. sedap.. ok aje.. 

IQA
lagu ku mohon aku rasa tak berapa sesuai dengan iqa.. haha.. sedap kritik orang.. lagu kedua duet dengan faizal tahir nyanyi lagu karma.. tak sedap jugak dan betol lata ziana zain yang faizal tahir overshadow dia.. gimik ok la.. kesian faizal ismail.. haha.. lagu baru iqa ni siyes antara lagu aku paling suka berbanding dengan lagu shiha dan salma.. lagu di penghujungnya dilomposerkan oleh mentornya sendiri, edry.. iqa bawak lagu ni dengan penuh penghayatan.. sedap..

sebenarnya memang aku suka kat salma and nak salma jadi juara.. nasib baik la dia dapat masuk final sebab masa semi final terkejut kot markah dia sikit sangat.. tak memadai.. iqa yang dapat markah paling tinggi masa semi and juri awam pon bagi full marks kat dia masa final semalam.. aihh, berdebar nak tau result masa tu.. and last2 salma dapat paling tinggi.. tak tercabar oleh iqa dan shiha.. alhamdulillah.. i suka u.. hahha.. finally SALMA JUARA MENTOR 5.. yeah.. shiha naib juara dan iqa ketiga.. 


26 May 2011

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


info dari saya http://www.tentangcinta.com..

25 May 2011

Yang Kutahu Cinta Itu Indah


Tak Pernah Aku Membayangkannya

Bila Insan Sedang Patah Hati

Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya



Reff:*

Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati



**




Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini

Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Kumau Kau Tetap Disisiku



Back To Reff:* & **




Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang

Kumau Kau Tetap Disisiku



Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam

17 May 2011

Semangat Bola Ni..

bila maharaja lawak, ramai blogger dok post entry pasal tu.. tapi bila musim bola tak ramai yang buat entry pasal bola.. so, oleh sebab aku fan bola.. aku nak buat post pasal bola.. wiwiwiwi.. tak sabar rase nak tengok FINAL PIALA FA antara KELANTAN vs TERENGGANU.. tapi aku dilema nak sokong yang mana satu.. almaklumlah aku dok atas line antara dua negeri ni.. haha.. kira pakai baju ganu bawak bendera kelantan or sebaliknya la nanti.. hehe.. jom layan gambar dulu se dua keping.. kredit to TERENGGANU FC dan KELANTAN FA.COM sebab aku ambek gambar dari sini.. hehe.. comei2..


kelate gomo.. ganu peteh



comey molek.. hehe

barisan penggempur terengganu


barisan penggempur kelantan

pakai gini la nanti orang besut.. haha


CONGRATULATION and GUDLUCK to both team in FINAL PIALA FA jun 2011.. PETEH GANU PETEH.. GOMO KELATE GOMO..


15 May 2011

Dok Sabor Nak Ke Final..

assalamualaikum.. 

leni ambe nok update pasal bola.. dok sangka orang puan minat bola gok eh?tapi ambe minat bola Malaysia je.. bola luor ambe dok ambek tau mana.. dok kenal mana pemain die.. aih, semangat bola neh berkobar2.. nok2 bile ganu berjaya kalahkan pahang aritu 3-2.. tamboh2 lagi pemain kesukaan ambe, abe saha aka ashaari shamsuddin hok score gol kemenangan.. suke beno la ambe.. harap2 la secnd leg kat stadium ganu esok ganu leh menang otomatik leh ke final.. harap beno neh.. kalu jupe klate lagi la mantop.. memang seme dok tunggu2 perlawanan dua jiran neh.. pakat doa2 la blake2 neh.. 

nok baca pasal bola ganu bleh ke SINI.. bangge wase jadi warga ganu.. PETEH GANU PETEH.. 


pemain2 ganu hok bakal memeteh tok gajoh.. GANU NELANG SOKMO~~


p/s:nok cakak ganu dok reti mane sebab ambe dok besut.. hehe

12 May 2011

segalanya tamat........

assalamualaikum.. 

fuuuuuuuuuu.. fuuuuuuu.. fuuuuuu.. penuh dengan tahi cicak dah blog ni.. baru merasa nak update.. ada orng rindu tak eh??keh3.. perasan.. sedar tak sedar dah 3 tahun aku bertapak di bumi UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ( UPM ) sebagai mahasiswa sains alam sekitar.. rasa macam sekejap je kan bila dah habis.. ingat dulu masa first year, hari2 dok pikir bila la nak habis.. bila dah habis rasa boring pulak.. hadeh!!

tapi... aku nak STOP dah belajar.. penat seyh.. cukup la 15 tahun dok belek buku, buat homework, esemen, thesis, present.. sekarang aim aku nak cari kerja, nak kumpul duit, beli kereta.. kawen lambat lagi eh sebab no calon lagi.. wahaha.. dan aku bersyukur sangat2 sebab result aku untuk final sem ni meningkat dan yang paling penting aku dapat second class upper.. takpela tak dapat first class pon, bersyukur dah dengan apa yang aku dapat.. alhamdulillah.. 



ha.. ni lah mende yang aku dok berhempas pulas menyetelkannya.. sakit kepala hotak nak buat mende ni taw.. nanti korang final year nanti korang akan rase jugak.. hehe.. tak tido malam la gamaknya.. alhamdulillah aku dah hantar dah.. markah pon dah dapat ^^



ni pulak sijil finishing school tandanya aku dah tamat belajar.. tapi sekarang UPM dah buat kelainan.. yang tak final year pon kena amek tapi diorang kena amek 3kali.. kitorang nasib baik sekali je.. wakakaka.. siap ada star lagi tu.. ngeeee.. i like

mood : nak cari kerja & tunggu konvo =)


26 April 2011

"Jom skodeng blogger lain!!"

rajen seyh update dua entry satu hari.. padahal bukan entry pon.. blog aku berlambak dengan contest dan segmen je.. ce tengok betol2.. ha, kan2.. hehe.. takpe lah asal aku enjoy berblogging dan berblogwalkig dengan macam2 kerenah blogger.. 

JOM SKODENG BLOGGER LAIN.. tamat malam ni dah jam 12tengah malam..




ni link yang selalu aku blogwalking.. haha.. kantoi suda +_+

yang ni memang aku skodeng hari2.. haha.. 


Contest Mata Paling Kebabom

haha.. macam2 contest aku join.. aritu mata cantik.. ni kebabom pulak.. kebabom la sangat mata aku tu.. aiseyman.. nak join jom ke SINI.. 


aku nak letak pic ni.. kalo tak suke sila tutup mata.. haha.. nak lens free tu =)


pakai lens tapi yang natural je lah.. huhu.. nanti jangan lupa afundi aku eh.. nak tag StrawberrySyafiqah HashimPiece of Emmie.. sorry ya for tagging u olss.. jom la meriahkan contest ni reramai.. kasi gegar =)


24 April 2011

Contest Mata Paling Cantik

tadi tengah enjoy terjah sana terjah sini kan, pastu bukak dashboard tengok2 si luncai anjurkan satu contest.. vogue gitu.. wink2..so, nak join la.. aku kan hantu contest.. biar tak menang lagi setakat ni pun.. belu rezeki.. huhu.. 



cuba tengok dia punya banner.. class gitu kan.. i like.. even mata aku tak cantik, aku tak kisah.. nak masuk jugak contest ni.. tarikh tutup dia 22 Mei 2011.. tekan header tu kalau berminat nak join ye kawan2.. contest ni pakai sistem like2 tau.. so korang yang nak join tu dan yang nak mengundi kena la like page INI..  


aku nak letak pic ni.. sila muntah tengok pic ni ye.. uwekkk..




pic ni masa aku pegi dinner final year student anjuran kolej aku kat Golf & Country Resort, Bukit Jalil.. masa ni aku pakai lens la tapi yang natural je.. tak mampu nak beli color2 ni semua even berminat nak pakai.. wahaha.. 

diorang ni jadi mangsa aku ye:-


selamat maju jaya semua yang join =)


22 April 2011

Lelaki Minat Bunga Memalukan?

seperti yang kita tahu, bunga dan wanita memang sinonim tetapi bila ada kaum ADAM yang minat dengan bunga, tetiba rasa pelik.. tapi adakah lelaki yang menyimpan minat padanya  dianggap memalukan?mungkin ada yang berpendapat hanya golongan lelaki "lembut" sahaja yang obses dengan bunga tak kiralah menggubah, menyimpan atau menjadikan ia sebagai hiasan tetapi bagaimana pula dengan golongan yang menanam bunga atau menjadikan bunga sebagai sumber pendapatan mereka.. adakah ia bercanggah dengan  naluri seorang lelaki??ada yang kata bunga ni bawa banyak pengertian.. ramai berpendapat bunga hanya sesuai untuk pasangan bercinta.. tak kurang juga kata ia bertentangan dengan naluri lelaki.. so, renung-renungkan dan selamat merenung.. haha.. para lelaki diluar sana, sila bagi pandangan anda.. wanita pon dialu-alukan juga memberi komen.. 



gambar sekadar hiasan.. 



20 April 2011

Rancangan Realiti Tv.. Relevankah?

ishhhh tajuk macam aku ni pengkritik hebat.. haha.. tapi seriously semenjak aku ikot rancangan realiti terutama yang melibatkan nyanyian macam AF, MENTOR, MYSTARZ LG dan macam2 lagi, aku rasa macam tak payah la nak buat sampai berjela2 dia punya musim kalau macam tu je nyanyi nye.. tengok AF9, macam hampeh je peserta2 dia.. nak menyanyi ke nak menjerit.. aishhh, tak taw la.. memang patot pon diorang kena maki hamun dekat si Adlin tu sebab tak sedap langsung suara diorang.. ada la 2,3 orang je yang sedap didengar.. tapi tu lah, yang sedap pulak dapat undian terendah dan tersingkir.. ni lagi satu nak cerita pasal pengundi.. cite lame la bro sis kalau mengundi ikot pakej muka hensem, lawa ni.. kalau suare macam kerek.. 

korang mesti perasan kan, nak2 AF.. diorang popular lepas jadi juara je.. lepas tu entah menghilang ke mana.. sia2 je buat rancangan macam ni.. nak gilap bakat la konon.. ape jadah nye heh.. baek tengok raja lawak lagi best.. tak la sumbang mambang.. kalau korang tengok AF9 kan, best ke tak??aku lebih suka tengok mentor la pada AF9 sebab dalam mentor, peserta2 lagi punya vokal dan suara yang best.. sedap didengar..

ok.. aku taknak membebel panjang.. nanti tak pasal2 aku pulak yang kena kat orang lain.. haha.. chow dulu.. adios..


18 April 2011

Jom Kenali Blogger's

wink2.. nak join segmen lagi... aku kena tag dek KIC ni ha.. 



meh la ikot aku join sekaki.. tekan header atas tu yer.. actually baru first time bukak and jenguk2 blog cik reena ni.. bagi aku, blog dia look nice dengan berlatarbelakang warna hitam.. tampak elegan gitu.. dia punya widget pon tak berterabur.. 

FYI, blog aku ni baru je ditubuhkan.. tak ingat la tarikh bila tapi yang pasti NOVEMBER 2010.. aku berblogging ni sebab nak kenal dan tau macam mana kehidupan seorang blogger.. lame2 jadi seronok sebab dah dapat kenal ramai orang even tak nampak muka lagi.. dapat banyak tips dalam berblogging dan macam2 la..

and blogger idola aku ramai.. especially blogger2 otai yang fans dan followers dah ramai giler.. macam mana la diorang leh wat orang suka blog diorang eh.. mmmm.. kena cangkul lebih ni.. bak kata Ogy Ahmad Daud.. 


due 30 April 2011.. sape2 yang tak kena tag tu, nak join pon boleh.. hehe


16 April 2011

"Mr. Kamikaze cari blogger sporting!!"

wow.. nice la umar ni wat segmen.. hehe



nak join tekan header tu aje.. sonang..

blog MR.KAMIKAZE ni sangat2 menarik sebab entry yang sempoi dan dia blogger yang sengal mengal la jugak..

p/s:jangan marah ye MR.KAMIKAZE.. hehe


15 April 2011

SEGMEN: Aku disebalik dunia blog

heee.. rajen pulak nak update.. intenet dah ok so gunakanlah kesempatan yang ade.. nak join segmen lagi ah.. saje nak mempromote blog yang entah ape2 neh +_+



jawab soalan2 mudah ni ye..

1. ceritakan tentang diri korang ( kerjaya, keluarga atau apa2 je) 

  • masih seorang pelajar yang lahir di besut, terengganu.. 
  • berumur 22 tahun dan bujang tapi not available.. haha.. 
  • suke berkawan dengan mane2 manusia yang ikhlas nak berkawan.. 
  • friendly dan happy go lucky
  • bercita2 nak jadi guru sebenarnya tapi kat u amek kos alam sekitar..
  • tak suke orang yang sindir menyindir kawan sendiri.. bajet cantek dan hensem..
  • tak suke dipuji.. tapi kalo nak puji ikot suke la.. haha

2. tujuan korang buat blog ni..?
  • nak mencari kenalan yang lain
  • meluahkan apa yang terbuku dalam hati
  • boleh join segmen dan contest.. dapat ramai kawan.. keh2
  • tujuan sebenarnye, saje je suke2.. 

3. selama korang berblog ni, apa yang korang dah dapat..? 
  • dapat kenal pelbagai ragam dan sikap orang lain melalui penulisan diorang dalam membuat entry
  • dapat kenal rakan2 dari pelbagai negeri
  • dapat timba ilmu dari otai2 blogger
  • dapat kenal blogger yang dari u sama melalui berblogging ni.. 

okeh.. tu je kot yang dapat dijawab.. tarikh tutup segmen ni 16/4/2011 jam 11.59PM..



BEN ASHAARI GEGAR LAGI

fuuuuuuuuuuuuuu.. lama sudah aku tak update blog ni.. mesti korang tertunggu2 kan entry terbaru dari aku.. haktuiiiii, perasan betol minah sengkek neh.. haha.. takpe la,sekali sekala nak poyo2 sikit kan.. kih2.. okeh, intenet dah pon mulai stabil so aku continue la sesi berblogwalking aku ni.. tup2 bile singgah kat blog BA, dia ada buat segmen kot.. aku ni yang memang giler segmen ngan contest join aje la.. cececece..


sini

dia gegar lagi.. baek punyer kali ni.. keh3.. jom klik banner tu.. pakat2 join reramai.. 



03 April 2011

..sorry...

assalamualaikum..

eh2.. nak mintak sori la kalau kat sape2 yang singgah kat blog yang menyampah ni.. hehe.. tak sempat nak menghapdet blog semenjak bermenjak2 ni.. sebab internet tak okeh.. dan tersangat slow.. ni pon ada kat u sepupu,uitm shah alam.. tu yang update post.. tapi yang ni jer termampu.. i have no idea nak post entry panjang2.. hehe..

sampai ketemu lagi.. papai..

mood : present final year projek ari rabu neh.. so nerbes you..  pastu layan abpbh malam ni.. hehe.. hopefully shaheizy sam, black, faizal tahir, fafau, fbi, aznil, 6ixth sense menang.. 


25 March 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

assalamualaikum..

ahah.. contest lagi.. kali ni by AM.. 


TEKAN SINI


due date contest ni 11.59PM pada 23 April 2011.. masa maseh panjang lagi.. jom la joim reramai.. aku nak letak gambar ni ah.. jeng2..


aku kat belakang sekali tu.. ahah




HADIAH :
Hadiah berupa wang tunai untuk 3 pemenang terbaik.. WOW!!



nak tag:


  1. http://sayetetapsaye.blogspot.com/
  2. http://cikyuyue.blogspot.com/
  3. http://nizamk.blogspot.com/
  4.  http://jarijemariemas.blogspot.com/

fuhhh.. siap.. hehe