17 March 2011

Penghargaan..

assalamualaikum..

ni entry pendek aje okeh.. entry ni aku buat khas untuk ALIEF SI MUNCUNG MANIS sebab dia sudi buatkan header yang simple look nice untuk aku.. header kat atas tu dia la yang buat.. thanks very2 much alief.. korang pegi la usha blog dia.. baca entry blog dia yang memang kelakar giler.. siyes si alief ni memang sengal.. hahaha.. maap ye alief terpakse cakap anda sengal sebab memang dah betul.. keh3 =)

thanks again.. 


BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

assalamualaikum..

fuhhh.. BA ni memang suka bikin segmen mencabar tau.. haha.. banyak betul idea dia.. macam mana nak jadi seperti dia ye.. hmmm.. 






kita jawab soalan dulu..


  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    tak terbilang berapa banyak kali jatuh cinta.. hahaha.. aku ni kalau jatuh cinta tak kira kan fizikal sangat.. yang penting dia ikhlas menerima aku dan  tau menghargai.. 

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    tidak sama sekali.. sebab sepanjang aku kapel, even hensem ke tak ke same je curangnya.. haha

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    erkkkk.. bahagian kepala sebab aku lebih suka orang yang berambut pendek tapi bukan botak.. haha

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    amat setuju.. makanan isteri kan sedap.. mana tak bahagia.. 

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    sesetengah lelaki kacak kaki perempuan sebab dia bajet diri dia hot sangat kan sampai semua perempuan gila2 kan dia.. padahal dia tak tau perempuan tu pon kaki lelaki.. haha.. tak semestinya semua perempuan cantik materialistik.. depend kat perempuan tu la.. kalau yang jenis nak kapel ngan orang kaya je,memang materialistik la tu..
     
  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
    lelaki idaman??ahah.. kalau boleh aku nak yang macam adam dalam cerita ADAMAYA tu.. pastuh akasyah dalam LBS.. romantik,pandai jaga hati perempuan,sabar,hormat orang tua,menghargai pasangan,ikhlas dan jujur.. siyes aku suka watak diorang tapi bukan pelakon nye tau.. pelakonnya aku tak berapa berkenan sangat.. haha

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    buat masa ni tak berapa puas hati sebab aku baru aje break.. mana ada pakwe da.. haha.. kalau ditanya pasal ex,aku suka dia even kami dah takde jodoh.. huhu..

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    tak sebab kata orang aku sangat kurus.. miahahaha

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    depend.. tapi tak payah la sampai ke tubuh badan nak kongkong.. agak2 la kan.. kalau nak bahagia,terima la pasangan seadanya.. 

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    kalau makan produk kurus tapi makan nasi sampai 4 pinggan.. kfc,mcd,pizza semua dibeal.. baek tak payah.. buang duit je.. 

    tu pendapat aku.. korang pulak macam mana??jom join SINI sebelum terlambat..


16 March 2011

Cardigan Untuk Dijual..

assalamualaikum..

hai pengunjung2 blog saya.. hari ni saya nak menjual cardigan kat reader2 di luar sana.. murah aje dong.. kain sedap dipakai.. 

kategori a : rm20 include postage dalam semenanjung sahaja


grey


stripe green white


stripe grey


stripe blue


black


blue black


stripe pink brown


purple blue


pink bercorak


dark green


kategori b : rm25 include postage dalam semenanjung sahaja ( berpoket )


grey cotton


grey kain licin


blue


dark blue


blue


brown


maroon


stripe orange


blue terqoise 

kalo berminat, boleh pm saya kat my fb.. www.facebook.com/zakiah.ghani..  tenkiu =)


15 March 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


assalamualaikum..

tadi masa aku tengah usha2 blog BA, dy ada buat segmen kot.. kali ni gathering blogger ikut negeri pulak.. siyes, ramai giler yang join... aku pun jadi nak join jugak la.. 


TEKAN SINI

tekan banner tu kalo nak join.. dah join kena la ikot syarat ye.. hehe


1. Sila ceritakan latar belakang anda ..
  • lahir kat jerteh
  • sekarang umo 22 tahun
  • bakal menamatkan pengajian di UPM bulan 5 2011.. insyaALLAH
  • mudah friendly dengan orang even baru je kenal =)
  • suka menonton sukan (ASIA, SEA, KOMANWEL GAMES, PIALA MALAYSIA, PIALA FA, PIALA SUPER, LTDL  & seumpamanya)
  • minat netball, olahraga, badminton, sudoku, matematik



2. Profesion anda sekarang ?
masih lagi student dalam bacelor sains (alam sekitar) di UPM Serdang dan bakal bergraduat Oct 2011.. mudah-mudahan.. amin



3. Blog favourite anda .. kenapa ?
banyak.. tapi yang feveret lebih kepada blog yang sempoi, santai, simple baik dari segi layout mahupun entry



4. Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
blog yang amat berat, ada lagu yang membingitkan telinga dan layout yang terlampau 


5. Impian anda terhadap blog anda ..
hopefully blog ni disukai oleh orang ramai.. 



buat sesiapa nak join, jom la.. TUTUP : TENGAH MALAM NI ( 15/3/2011 )..



.1st give away AKA contest from Rosieee

assalamualaikum..

lagi GA aku mau join.. hahahahahahha.. GA kali ni kelolaan rosiee.. boleh TEKAN SINI kalau mau join jugak =)


SINI


bagus la dia buat GA macam ni sebab aku ni memang suke sudoku.. siap ada buku lagi.. tapi kali ni otak aku lembap sikit nak membolehkan jawapan.. tapi aku tetap tak berputus asa.. cuba dan terus mencuba sampai dapat.. akhirnya, jeng2.. ni lah jawapan dari aku.. check below:




warna warni gile jawapan aku.. haha.. mintak2 la betul.. aku sangat suke dengan sudoku ni sebab ia mengajar kita kemahiran berfikir.. tak semestinya orang yang suke matematik (macam aku ni) je yang boleh maen sudoku dan tak semestinya juga orang suka matematik ni cepat dapat jawapan.. tidak sama sekali.. semua orang boleh maen sudoku even orang tua, kanak2 sampaikan yang buta pon boleh maen(tapi aku tak pernah jumpe lagi la setakat ni).. hee.. 

dalam entry ni, rosieee ni suh letak video yang aku rase nak bagi kat dia.. so, aku pilih yang ni lah.. lagu rapuh by opick.. sejuk hati dengar lagu ni tapi tak insaf2 lagi aku ni.. haha.. hope u suke lagu ni =)




kita hidup kat dunia ni semua bergantung kepada DIA.. YANG MAHA ESA.. so, pokok pangkalnye, semua yang ada pada kite adalah milikNYA.. kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.. walaupun kadangkala kita lupa dan alpa akan rezeki yang dikurniakan kepada kita.. sama juga dalam ibadah dan perkara2 lain.. daripada ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali.. 



wassalamualaikum w.b.t..