16 December 2010

Statistik Visitor Blog..

hai2.. welcome back.. rajen plak aku nak update blog ni.. padahal esok nak kena present progress fyp.. huhu.. mati aku.. cakap je la apa yang patot.. yang tak patot tak payah cakap.. wahahahahha.. ok2, kali ni aku nak show kan statistik pengunjung2 blog aku.. even tak la ramai sangat tapi aku bersyukur coz ada jugak la yang sudi menjenguk.. aku kan budak baru dalam dunia blog memblog ni.. so, kira ok la takat ni je pengunjung blog aku.. nak setaraf ngan irine, fatin liyana, hanis zalikha, cik epal, aizul marcello, ariff shah, edriena hazelina, ailyl rozana or blogger2 laen yang memang dah terkenal tuh lambat lagi la weyh.. hehehe..



hari ni punyer statistik..


sepanjang minggu ni


minggu lepas


dari nov hingga dis 2010


tengok2.. sikit kan.. tapi  takpe la, at least ada jugak dari takde langsung.. thanks kepada visitors yang sudi menjejakkan kaki lutut tangan siku anda di sini.. hehehe.. arigato gozaimas.. have a nice day.. daaaa :-)

Jaga Hati Orang Yang Mencintaimu.. Jangan Biarkan Dia Kecewa..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
    merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
    berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
      kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

15 December 2010

Promoter Jomheboh Bukit Jalil..

aritu kat aku punyer entry aku ada citer pasal muka aku burn sebab jadi promoter.. tengah2 panas tu.. huhu.. entry ni aku nak tunjuk je yang memang betol kami, aku, kirah dan ika jadi promoter.. takot2 la korang tak caye ke.. hehehe.. jom2 tengok gambar kami kat bawah.. check it out!!!!



sebelom pegi keje, lepak luh.. hehe


ika with kereta idaman


anak mami neh.. dua2 kete dia nak.. hehe


aku dengan kete yang tak berapa nak diidamkan.. ngeee~


sempat ag posing kat booth ribena.. hehe


jomheboh!!!


bakal pembaca berita tv3.. 


ni pulak bakal pengacara whi next episod.. amin.. huhu


adik mia sara nasuha.. kiut giler.. 


tumix2.. 1 paket rm10, dapat free gift... cepat2.. hehe.. ni la promoter tumix, ika ngan kirah.. aku lak promoter hoya, booth  ke2 after tumix.. 

ha, dah cayer dah sekarang??hehehe.. ni la keje kami.. kena promote produk tumix, vono and hoya.. mau tak burn muke.. tengok la cuaca nyer camner.. panas beb.. huhu.. nak cakap sket, aku dapat gak salam ngan adik mia sara ni.. kasi kamu semua jeles kejap.. hehe.. kiut ngat dia.. bangga aku kejap.. tapi kesian la kat dia, panas2 camni, kene paksa amek gambar sebab ramai peminat dik mintak nak bergambar.. aku tengok dia senyum pon cam terpakse dah.. kecik lagi kan dia.. kesian2.. tapi dia comel bangat.. memang kena la dia ada ramai peminat~~

ok lah.. dah penat taip2.. bye.. assalamualaikum.. 

Sambut Birthday Anan..

hepi birthday to you.. hepi birthday to you.. hepi birthday to anan, hepi birthday to you.. mood nyanyi kejap sebab boring dowh.. fyp tak siap ag.. tolol la aku ni.. hahahahha.. semalam kitorang pegi mid valley sambil sambut birthday si anan, salah seorang kawan aku.. actually birthday dia 12hb tapi sebab dia balik kampung, so kitorang celebrate lambat 2hari.. sebelom aku nak cakap panjang lebar, nak cakap yang sejujurnya la.. sebenarnye aku ni jenis tak suke tulis panjang2.. tpi aku lebih suke letak gambar.. nak wat tumblr tapi malas, aku lebih suke berblog.. hehehe.. okeh2, back to the topic.. sampai mid tu, kami pegi terjah domino's  pizza.. anan belanja.. maceh2 anan :-)

tapi kan, sebetol2 nya kami ( aku, kirah and ika ) nak belanja si anan ni kek secret recipe tapi sebab duit gaji kami sebagai promoter tak masuk2 lagi, kami leh bagi kek blueberry kedai biasa2 je.. sorry ye mek nan.. kami beli 1 slice je la kek secret tu.. hehehe.. ok la, jom usha2 gambar kat bawah jap.. taknak tengok, pejam mata k.. huhuhuhu.. 


kami berempat.. zakiah, ika, anan, zakirah~


ni la kek blueberry yang kami mampu beli.. huhu.. tp sedap :-)


ni aku.. bukan birthday girl taw

haaa, yang ni baru birthday girl yang sebetolnye.. 


ika, anan and kirah


domino's pizza.. sedap sgt2 tapi tak mampu nak habiskan sebab kenyang!!


alang2 nak krismas, bergambar jap.. hehe


macam mak datin tak???kah3~


giler besar bear ni.. besar pada aku kot

bergambar dengan bear2 besar



dah siap bergambar kat bear2 besar, lampu2 cantek tu.. kami pon blah la.. dok lame2 kat situ nanti duit habis.. dah la duit memang dah takde.. hehe.. 

papai.. thanks sudi baca :-)



14 December 2010

Burn, Burn, Burn.. Tidakkkkkkkkkkk!!!!

opsss... uhuk uhuk uhuk.. terbatok2 orang2 yang bernama burn kat luar sana.. tapi entry ni bukan aku nak cerita pasal orang yang nama burn taw.. aku nak cerita pasal kulit muka aku yang dah burn gara-gara jadi promoter HOYA kat jomheboh bukit jalil aritu.. dah la muka aku ni macam tak cantek ( ayat laen untuk hodoh.. hehe ) pastu tambah plak kena pancaran matahari yang memang cantek la.. kompem2 la terbakar muka aku.. tak pasal2 dah jadi hitam.. hahahhaha.. so, arini aku kuar pegi midvalley yang tak jauh mana dari kolej aku.. my plan nak pegi beli fair and lovely sebab nak kembalikan balik wajah aku yang sebenar.. huhu.. dengan duit yang seciput lam purse aku, beli la fair and lovely ni.. harga tak murah la tapi berpatutan, rm 5.52.. eheks.. harap2 muka aku kembali normal macam dulu.. waaaaaa :-(

tapi kan, best jugak jadi promoter ni.. aku jual barang pon asyik laku jer.. perasan jap.. hehe.. tapi kan, aku agak bengang dowh dengan promoter2 free hair HOYA yang laen kecuali si mai.. asyik aku je kena buat keje.. diorang dok berdiri tayang muka je.. dok berjoget macam kerang busuk.. buat free show plak.. dia ingat orang tak tengok ke.. ape kejadahnye la eh.. kalo cantek takpe la.. ni mekap tebal 20 inci.. produk nye tak laku.. hampeh tol.. aku yang sakit2 lutut ni pon gagahkan gak nak laku kan produk HOYA ni.. kalo tak kena marah dengan bos la.. diorang ni, dah la berdiri sikit, rehatnye memanjang.. orang laen pon penat gak, lagi penat pada diorang tapi takde la rehat sampai sempat pegi beli mister potato la ape la.. ishhhhh.. 

kalo la bos cakap sape yang jual produk dia paling laku, dapat komisen lebih, kire aku la yang dapat sebab aku sorang2 je yang promote dan aku banyak jual produk tu.. but tu la, takde plak bos cakap camtu kan.. takpe la, asal aku enjoy jadi promoter ni even sakit and mukaku burn.. gaji tak dapat lagi.. huhuhu..

dah2 la.. sebelom aku membebel lagi panjang.. baek out dulu.. thanks sudi baca.. jumpa di next entry.. daaaa :-)