01 June 2011

Perkenalan kami bermula disini

salam semua...

ececece.. ayat amacam haprak je kan.. wakakka.. bukan detik bercinta taw tapi detik2 di mana kami berkenal-kenalan, berbobok, gurau senda dan macam2 lagi.. semuanya hanya di sebuah radio yang sudah setahun lamanya dijayakan.. time mula2 masuk tu, tak tahu la pulak ada ruangan sembang kat sana.. sekali masuk, kenal orang macam tu macam ni, hah terlekat la kat sana sampai ke pagi.. haha.. best kot dok sana.. siyesly.. masa masuk kat sana, semua tak kenal.. dua minggu lebih rase aku dok sana rasa macam setahu lamenye.. cepat ngam dengan diorang.. 

DJKK
melalui penulisannya, dia seorang yang baik.. sudah berpunya tapi.. hehe.. dia memang baik dan low profile.. sporting

DJSEBETULNYA
even tak kenal lagi, tapi aku suka dengan keletahnya yang tak gering gusi.. ada je lawaknya bila bergandingan dengan DJ IJUL.. lawak habes dan memang asyik nak dengar je diorang berceloteh.. diorang ni macam arwah din beramboi dan paknil la pulak aku rase.. hehe

DJ IJUL
si kurus kering kalau tengok dek gambarnya di fb.. hehe.. tapi berbakat dalam dunia dj.. suka bila dia duet berdj dengan DJBETOL,, dan dia suka ketawa dan aku suke dengan ketawanya.. hahaha

DJINSOMNIA
pelik kan nama dia.. suara dia ayu je time berdj.. tp sporting.. hehe

DJANASZ
nama katanya asal dari demam panas tapi tak tahu la betol ke tak.. tak pernah lagi dengar suara dia berdj.. kurus jugak dia ni.. hee


ROZAA
dj jgok dy nie.. tapi xpernah dengar suara dia.. baik dan sporting.. 

NASIHAHNASIR
lawa tapi sudah berpunya.. hehe

MISHTAMAO
ni sorang lagi dj.. plik jugak nama dia.. kami panggil dia mish.. ayu je suara dia bila di konti.. 

NADWAAA
peminat fanatik bola.. kurus sangat dia ni.. hehe.. 

NINIEMAZNI
haa,, yang ni orangnya memang  lawa tapi dah berpunya jugak.. hehe.. kuat berceloteh jugak ni.. bakal cikgu 

SAYAANUARZAIN, BADIGOLL, HAFIZULAIZAT, ADIK95
haa.. 3 serangkai ni memang sesuai la kalau kat radio sana.. banyak sangat topik yang nak dibualkan kalau ada diorang tapi aku terhibur la.. diorang ni nakal.. nama pon pelik2.. sampai sekarang taknak letak nama sebenar.. malu ape nye eh.. tapi diorang ni kelakar.. ADIK95 tu paling muda antara kami2.. dia ni pon boleh tahan kebobokan dia.. haha.. adik ni sweet la.. dia baik.. satu lagi kuat menyamar diorang ni.. hehe

CT NORADILA
sorang lagi bunga dalam radio ni.. muda lagi.. orangnya kiut miut gitu.. 

MIZII86
laki2 yang sekepala dengan aku.. suka layan lagu nustang sampaikan ter"digosipkan" dengan aku tapi kena jaga2, dah berpunya tu.. kan tak pepasal aku jadi mangsa simbah asid kan.. hehe.. taknak aku.. tak kawen lagi.. ngeh2


ok la.. tu serba sedikit pasal kawan2 aku kat radio sana.. ramai lagi tapi tak larat nak cerita perihal satu2.. heehee.. siyesly aku hepi dok berbobok di sana.. wakakkaa.. hopefully aku dapat jumpa diorang semua suatu hari nanti.. and kepada kawan2 sekalian, kalau terbaca ni, jangan la cakap saya cantek ke comel ke sebab dalam gambar edit 16 inci.. kat luar macam hampeh tahu.. haha

kepada kawan2 kat  luar sana yang nak dengar radio melaui intenet boleh layari SINI tahu.. best.. dengan dj yang nakal nye.. hehe







31 May 2011

Final Mentor 5

salam semua.. 

semalam lagi nak post entry ni tapi terbengkalai sekejap.. takde ape pon.. just nak buat review pasal mentor semalam.. yeahh, best sangat konsert mentor final even tengok kat tv je.. hehe.. tapi memang berdebar la nak tunggu result semalam sebab saingan sangat2 sengit antara protege2.. fuhhh.. 

SALMA
first song, lagu listen.. memang mantap dia bawa lagu tu sebab dia boleh bawa high not kan.. but katanya azmeer jaga2 dengan low not, sumbang katanya.. bila nyanyi high not merdu.. aku pon sokong dengan azmeer.. hahaha.. for the second song duet dengan jaclyn victor, lagu cinta dan rindu.. not bad la, sedap didengar.. and lagu terbaru dia, aku permata dikomposerkan oleh taja MUH.. aku tak setuju dengan datuk ramli ms kata lagu tu  tak sedap.. best ape lagu tu.. sesuai dengan suara dia.. penghayatan salma yang baik..

SHIHA
lagu first, kasih hati.. ok la dengan props nye.. ada dua kanak2.. sesuai dengan suara shiha yang lunak.. lagu kedua duet dengan black iaitu lagu ghazal untuk rabiah dan balqis.. terhibur sangat2.. hehe.. lagu ketiga bila bertemu mu komposer ajai.. sedap.. ok aje.. 

IQA
lagu ku mohon aku rasa tak berapa sesuai dengan iqa.. haha.. sedap kritik orang.. lagu kedua duet dengan faizal tahir nyanyi lagu karma.. tak sedap jugak dan betol lata ziana zain yang faizal tahir overshadow dia.. gimik ok la.. kesian faizal ismail.. haha.. lagu baru iqa ni siyes antara lagu aku paling suka berbanding dengan lagu shiha dan salma.. lagu di penghujungnya dilomposerkan oleh mentornya sendiri, edry.. iqa bawak lagu ni dengan penuh penghayatan.. sedap..

sebenarnya memang aku suka kat salma and nak salma jadi juara.. nasib baik la dia dapat masuk final sebab masa semi final terkejut kot markah dia sikit sangat.. tak memadai.. iqa yang dapat markah paling tinggi masa semi and juri awam pon bagi full marks kat dia masa final semalam.. aihh, berdebar nak tau result masa tu.. and last2 salma dapat paling tinggi.. tak tercabar oleh iqa dan shiha.. alhamdulillah.. i suka u.. hahha.. finally SALMA JUARA MENTOR 5.. yeah.. shiha naib juara dan iqa ketiga.. 


26 May 2011

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


info dari saya http://www.tentangcinta.com..

25 May 2011

Yang Kutahu Cinta Itu Indah


Tak Pernah Aku Membayangkannya

Bila Insan Sedang Patah Hati

Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya



Reff:*

Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati



**




Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini

Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Kumau Kau Tetap Disisiku



Back To Reff:* & **




Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang

Kumau Kau Tetap Disisiku



Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam

17 May 2011

Semangat Bola Ni..

bila maharaja lawak, ramai blogger dok post entry pasal tu.. tapi bila musim bola tak ramai yang buat entry pasal bola.. so, oleh sebab aku fan bola.. aku nak buat post pasal bola.. wiwiwiwi.. tak sabar rase nak tengok FINAL PIALA FA antara KELANTAN vs TERENGGANU.. tapi aku dilema nak sokong yang mana satu.. almaklumlah aku dok atas line antara dua negeri ni.. haha.. kira pakai baju ganu bawak bendera kelantan or sebaliknya la nanti.. hehe.. jom layan gambar dulu se dua keping.. kredit to TERENGGANU FC dan KELANTAN FA.COM sebab aku ambek gambar dari sini.. hehe.. comei2..


kelate gomo.. ganu peteh



comey molek.. hehe

barisan penggempur terengganu


barisan penggempur kelantan

pakai gini la nanti orang besut.. haha


CONGRATULATION and GUDLUCK to both team in FINAL PIALA FA jun 2011.. PETEH GANU PETEH.. GOMO KELATE GOMO..